Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
3 days ago
1 comment:
Jihad mengandungi pengertian yang cukup besar dalam ajaran Islam dan banyak ayat-ayat Al-Quran menggambarkan betapa besarnya kedudukan org yg berjihad di sisi Allah SWT.
Firman ALlah Subhanahu wa Ta'ala yg bermaksud:
"Wahai org2 yg beriman!Mahukah kamu aku tunjukkan sesuatu perniagaan yg boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yg tidak terperi sakitnya? Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang dalam membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu;yang demikian itulah yg lbh baik bg kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat sebenarnya)" [Surah As Saff:10-11]
Keimanan adalah asas kepada perlaksanaan jihad dalam bentuk amali yg sgt2 dituntut dan besar ganjarannya. Jihad yg hanya disandarkan kepada hati adalah selemah2 iman, justeru tahap iman yg tinggi akan membawa seseorang itu di tengah2 medan dan berdepan dgn realiti untuk melaksanakan jihad yg dituntut dlm menegakkan yg ma'ruf dan menegah serta menentang kemungkaran. Ini menepati apa yg disabdakan oleh Rasulullah SAW:
"Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu mungkar hendaklah ia mengubah dengan tangannya (kuasa), jika ia tidak boleh hendaklah mengubah dengan lidahnya (seru lisan)dan jika tidak boleh hendaklah mengubah dengan hatinya. Demikian itu adalah selemah-lemah iman"
[Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu dawud, Tirmizi, Nasa'i dan Ibn Majah serta Ibn Hibban]
"Sesiapa yg menjihad mereka dengan tangannya dia adalah mu'min, sesiapa yg menjihad mereka dgn lidahnya maka dia adalah mu'min dan sesiapa yg menjihad mereka dgn hatinya maka dia adalah mu'min, selain itu tidak ada iman walaupun sebesar biji sawi"
[Riwayat Muslim dr 'Abdullah bin Mas'ud]
Firman Allah SWT lagi yg bermaksud:
"Di antara org-org mu'min itu ada org2 yg menepati apa yg telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yg gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yg menunggu-nunggu, dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya"[Surah Al Ahzab:23
Sesiapa yg memiliki sifat ini maka dia akan mendapat jihad dan dialah pejuang yg dimaksudkan oleh firman Allah SWT yg bermaksud:
"Mereka berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan org yg suka mencela"[Surah Al Maidah:54]
Keimanan pasti mendorong kepada jihad. Oleh itu jihad yg sebenar tidak dapat dilakukan kecuali oleh org yg dpt membebaskan dirinya dari mencintai kehidupan dunia dan org yg berilmu.
Hadis riwayat Al Bazzar dari Mu'az bin Jabal r.a, Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya kamu akan tetap berada di jalan yg sebenar dari Tuhan kamu selama tidak timbul di kalangan kamu dua perkara mabuk iaitu kejahilan dan sayangkan hidup. Kamu akan terus menyuruh kpd al-ma'ruf dan melarang dari al-mungkar serta terus berjihad pada jalan Allah. Tetapi apabila timbul pada kamu perasaan syg dan kasihkan dunia makan kamu tidak lg menyuruh kpd al-ma'ruf, menegah al-mungkar dan berjihad pd jalan Allah. Diketika itu jika kedapatan org2 yg memperkatakan al-Kitab dan As-Sunnah maka mereka berkedudukan sama spt generasi pertama Islam yg terdiri dari al-Muhajirin dan al-Ansar"
Oleh itu, perlaksanaannya jihad mestilah menepati perkara-perkara berikut. Mesti ada 'ilmu, mesti ada kezuhudan dan mesti ada persediaan utk mati pada jalan Allah.
fendi
Post a Comment