Hadis sahih bukhari, daripada Abu Hurairah ra, katanya :
Rasulullah SAW menugaskan saya menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah). Kemudian datang seseorang lalu diambilnya segenggam makanan. Saya tangkap orang itu dan berkata kepadanya, " Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah SAW."
katanya, "Saya memerlukan, kerana saya mempunyai keluarga dan keperluan yang amat sangat."
Kata Abu Hurairah : Krana itu saya lepaskan saja dia. Esok pagi Nabi SAW bertanya, " Hai Abu Hurairah, apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Jawabku, "Ya RAsulullah. katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. Saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."
Nabi bersabda, " Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."
Saya pun Yakin dia akan datang lagi, kerana kata-kata Rasulullah SAW itu, lalu saya intip dia. Memang benar, dia datang lagi, dan diambilnya segenggam makanan. Terus saya tangkap dia, sambil berkata, " Nanti ku adukan engkau kepada Rasulullah SAW."
Katanya, "Lepaskan saya. Saya sangat memerlukan, dan saya punyai keluarga. Saya tak akan buat lagi."
Saya berasa kasihan, lalu saya lepaskan dia. Esok pagi-pagi Rasulullah SAW bertanya saya, " HAi Abu Hurairah, apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Saya jawab, " Ya Rasulullah, katanya dia sangat memerlukan, dan dia mempunyai keluarga. Saya berasa kasihan dan saya lepaskan dia."
Nabi bersabda, " Sebenarnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan datang lagi."
Saya intip dia lagi untuk kali ketiga. Memang benar dia datang lagi dan diambilnya segenggam makanan. Lantas saya tangkap dia seraya berkata, " Aku akan adukan engkau kepada Rasulullah SAW. Ini kali ketiga engkau kata tak akan datnag lagi tetapi engkau datang juga."
KAtanya, "Lepaskan saya, nanti saya ajarkan kamu kalimah-kalimah yang diberikan manfaat oleh Allah, apabila kamu membaca kalimah itu." Kataku, " Apakah kalimah itu?"
Jawabnya, "Apabila kamu hendak tidur, bacalah Ayat Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah). Maka kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."
Setelah itu saya pun lepaskan dia. Esok pagi Rasulullah SAW bertanya saya, " Apa yang dibuat tawanan engkau malam tadi?" Saya jawab, "Ya Rasulullah, dia mengajarkan saya beberapa kalimah yang katanya diberi manfaat oleh Allah apabila seseorang membacanya. Kerana itu saya lepaskan."
Nabi bertanya, "Apakah kalimah itu?" Jawabku, "DIa mengatakan kepadaku, apabila kamu hendak tidur bacalah Ayat Kursi dari awal hingga akhir, dan katanya, kamu akan sentiasa berada dalam peliharaan Allah, dan syaitam tidak akan mendekatimu hingga ke pagi."
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya dia telah benar kepadamu, padahal dia sangat pendusta. Tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu wahai Abu Hurairah?" Jawabku, "Tidak."
Sabda baginda, "Itulah syaitan."
disalin dari Diari Islam keluaran wholesale-mart
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 days ago
No comments:
Post a Comment