Ya Allah,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu,
hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu,
serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.
Ya Allah,
kurniakanlah kami iman yang sempurna,
hati yang khusyuk,
ilmu yang berguna,
keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah,
kurniakanlah kami (din) cara hidup yang jitu dan unggul,
selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon (Ya Allah),
iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri.
Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Jangan (Ya Allah)
Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walau kadar sekelip mata
atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.
Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah)
antara doa yang terkandung dalam Al-Ma'thurat. Ana suke sgt2 doani...Smge ana mmpu melazimk' m'bcnya setiap hr d p'ujung setiap wktu solat...
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 days ago
No comments:
Post a Comment