Monday, October 26, 2009

pertunangan...

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Thursday, October 22, 2009

Sunat Fajar...

Daripada Aisyah radhiallahu 'anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Dua rakaat sunnah fajar (yakni sebelum Subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini -yakni dunia dan seisinya."

(Riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan: Nabi s.a.w. bersabda: "Sessunguhnya kedua rakaat sebelum Subuh itu lebih saya cintai daripada dunia seluruhnya ini."

bangkitla duhai hati dr dunia kelalaianmu...

Monday, October 19, 2009

Menyelesaikan Pergaduhan Anak-anak

“Yop, kenapa Yop bergaduh dengan kawan-kawan tadi tu?” saya menepuk bahu Saiful Islam.

Beliau memuncung.

Enggan berkata-kata.

“Yop, kenapa gaduh?” Imad menyampuk, meniru soalan saya kepada abangnya.

“Ha ah, kenapa Yop gaduh tadi?” Naurah pun membabitkan diri sama.

Menambah tekanan ke atas abang mereka yang masih ‘berasap kepala’.

“Janganlah tanya Yop macam tu. Pening kepala dia. Biar abi sahaja yang tanya” saya mengarahkan Imad dan Naurah duduk kembali di kerusi belakang serta memasang kembali tali pinggang keselamatan.

“Tadi tu Yop main ke gaduh?” saya menukar bentuk soalan untuk menyegarkan pertanyaan ulangan.

“Gaduh!” jawab Saiful Islam.

Ringkas.

“Kenapa gaduh?” saya bertanya lagi.

“Dia orang ejek Yop” anak saya mula membuka ruang bicara.

“Oh, macam tu. Kenapa mereka ejek Yop? Eh silap, mereka ejek Yop apa?” saya menyambung soalan, sambil membatalkan soalan yang tidak disukai oleh anak-anak iaitu KENAPA.

“Dia orang cakap Yop Saiful Apek!” jawab Yop.

“Hahaha! Oppss…” saya memekup mulut kerana tergelak dengan tidak sengaja.

“Abi ni…!!!” Saiful Islam bengang dengan saya.

“Sorry Yop. Abi tak sengaja. Oh, sebab itulah Yop marahkan mereka. Mereka panggil Yop Saiful Apek rupanya” sebagai bapa, saya harus membina kepercayaan anak-anak bahawa kita mengiktiraf masalah mereka dan memahaminya.

HANTU TELEVISYEN

“Yop tahu tak, orang yang panggil Yop Saiful Apek tu, mereka hantu televisyen. Sebut aje Saiful, terus teringat Saiful Apek!” saya cuba memujuk.

“Ada Saiful lain ke?” soalnya kepada saya.

“Tentulah ada. Ramai. Ada Saifulllah, itu gelaran untuk Khalid bin al-Walid, tahu! Yop tahu sebab apa abi bagi Yop nama Saiful Islam?” saya pula melontarkan soalan kepadanya.

“Kenapa?” mulutnya masih memuncung semasa menyoal.

“Saiful Islam itu ialah pejuang Islam di Mesir. Bapanya bernama Hasan al-Banna. Hero Islam. Lebih hebat dari Raihan Rangers. Yop di sekolah Rumah Hijau, kan? Rumah Hijau bukankah namanya Hasan al-Banna? Saiful Islam itu nama anaknya” saya menarik kembali lipatan memori 7 tahun yang lalu, ketika memberi nama kepada anak sulung yang baru lahir.

saifulislamalbanna

Sheikh Ahmad Saiful Islam al-Banna

SESI DIALOG

Tengah hari itu, saya menghabiskan masa yang banyak bersama dengan anak-anak di dalam kereta meredah lautan kenderaan yang sesak di jalanraya. Kami mahu mengambil Ummu Saif yang habis bekerja jam tiga. Seronok juga dapat berbual-bual dengan mereka. Kebetulannya, ada topik yang penting untuk diselesaikan.

“Tapi dia orang tu jahat!” kata Saiful Islam kepada saya.

“Sebab itu abi tak bagi Yop pukul dia orang. Kalau Yop pukul dia orang, maknanya Yop pun sama macam mereka. Orang Islam tak boleh sakitkan orang lain dengan lidah dan tangan. Berdosa” saya cuba menangkis pandangan si anak.

“Habis tu takkan nak biar aje?” anak saya mempertikaikan pendapat bapanya.

“Jangan biarkan aje. Tapi Yop cakap le Alhamdulillah. Terima kasih ejek Yop. Yop dapat pahala, kamu dapat dosa!” saya memberikan cadangan.

“Kalau dia orang takut dosa, dia orang tidaklah ejek Yop” bidas beliau.

Aduh, pening kepala saya. Ada juga betulnya kata-kata anak saya. Buat apa timbulkan soal dosa kepada orang yang tidak pedulikan dosa. Membuang masa.

NAK GADUH JUGA

“Habis tu Yop nak buat apa?” saya meminta pendapatnya.

“Yop nak juga pukul dia orang” anak saya begitu sepenuh hati meluahkan kehendaknya.

“Terpulanglah kepada Yop. Tapi kalau mereka pukul Yop balik, Yop nak buat macam mana?” saya ‘memberikan’ kebebasan kepada beliau, sambil menyelitkan persoalan tentang risikonya.

“Yop minta tolong Abi” jawabnya pantas.

“Kalau Abi tak ada?” sengaja saya lontarkan provokasi kepadanya.

“Allah ada” tangkas Saiful Islam menjawab.

“Tapi Allah benci orang yang pukul orang. Allah tak akan tolong Yop sebab Yop pun buat dosa macam orang yang ejek Yop tu dapat dosa” penerangan dilanjutkan lagi.

“Ye la, Yop tak gaduh!” akhirnya Saiful Islam mengalah.

“Err, tapi kalau orang nak tumbuk Yop kena pertahankan diri, tahu!” saya pula yang risau.

“Kena gaduh?” anak saya terkejut.

“Silap, silap. Bagitahu ustaz sahajalah. Senang cerita” saya tidak mahu mengelirukan si anak.

“Nak bagitahu ustaz mana?” soal beliau lagi.

“Ustaz Hasrizal. The Dragon Warrior, boleh?” saya mengusik.

“Err…!” anak-anak mengalah.

Mereka hilang selera bertanya lagi.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

sumber : http://saifulislam.com/





artikel y ana copy dr saifulislam...Alhamdulillah...ia seakan meniupkan salju kedamaian wt hati y sdikit gundah...celaru...sedih...dan mcm2 lg...MasyaAllah...

hm...rsnyer da smakin byk rutin kebiasaan yg ana cuba jdk' kebiasaan dan trus istiqomah telah ana tinggal satu persatu...dan hati ini pn smakin lemah...lemah...lemah...lalai dan terus lalai...

sedikit kisah yang membangkit memori "blk hati2...drive elok2...InsyaAllah...mudah2an slmt smp..." (pesan dr seorg sahabat...) "InsyaAllah...tp..........." (msih lg ana berasa gusar dan risau serta sdikit kesedihan...) "hm..xpe...smeje...cmtu jgk utk kehidupan...start enjin...pndu krete hati2....lalui jln...InsyaAllah...smp jgk ke destinasi..." (rupenyer sahabat ana ni melontarkan satu baris ayat y memberi dua mksud...) Alhamdulillah...ana sdikit tenang setelah memahami 2 mksud sahabat ana...

kebiassan dlm kehidupan....kite sering merancang itu dan ini...terlalu mengharap itu dan ini...terlalu memikirkan itu dan ini...terlalu rsaukan itu dan ini...kemudian...andai apa y telah difikir...dirancang...diharap tidak kesampaian...maka timbulla rs kecewa...hampa...sedih...tidak dinafikan...andai y apa y difikir...dirancang...diharapkan...berjaya...ia menjadi saat2 y sgt2 m'bhgiak'...tp...kita kdg2 seakan terleka hakikat sebenar...kita hnye mmpu merancang...tp Allah juala penentunya...

pesan dr sahabat ana sebenarnya (wlau dlm satu baris ayat y pendek...dan ini apa y ana cuba huraikan sekadar y termampu...) laluila hr2 dgn ketenangan...rs kerisauan digantikan dgn berhati2 agr tidak tersasar dr landasan kebenaran..rancang dan pengharapan itu pula...usaha dlm mencari redho dan rhmat dr Tuhan...krn kehidupan ini...walau ape pn y dirisaukan...kita tetap akan laluinya...hr demi hr...biar y dilalui ranjau berduri...atau taman2 kedamaian...suka atau duka...smue bergaul same...menjadi satu sesi pembelajaran...jatuh bgn dlm kehidupan...yang mane...hujungnya kita akan smp jua ke destinasi sebenar (takdir dan ketentuan buat kita)...

sebahagia2 insan adalah y sntiasa tenang diatas jln2 tkdir hidupnyer... (ketenangan hnye akan hdir pd hati y sentiasa berserah...pd tkdir penciptanya...biar apa jua dugaan y dilalui...dihadapinya dgn dada yg lapang...atas rs keyakinan...ianya kurniaan tuhan...sbgai pembelajaran atau peringatan...buat hmba y lemah dan slalu dlm kelalaian...)

duhai hati...tenangla..sabarla...

igtla...besarnya ganjaran...setimpal dgn...besarnya dugaan... =)

syum2 slalu... =)

Sunday, October 11, 2009

Majaalis Haul Imam Al-Haddad 1430 Hijri

Alhamdulillah kami rafa’kan kesyukuran atas anugerah dari Allah s.w.t. yang dengan izinNya telah sampai tahun yang kesepuluh majlis memperingati pemergian Imam Al-Haddad dilangsungkan di Malaysia ini. Tidak dapat disyakki lagi bahawa majlis-majlis seperti ini dihujani rahmat dan barakah kurnia Allah s.w.t.

Tambahlagi dengan tanda saling meningkat pengenalan serta pendekatan terhadap ilmu nukilan beliau dan amalan susunan beliau yang tidak gagal merafa’kan kedudukan dan iman si murid kepada pendekatan diri dengan Allah s.w.t.

Di sini disertakan jadual Haul Imam AlHaddad bagi tahun ini

Majaalis Haul Imam Al-Haddad 1430 Hijri


Tarikh Hari Bandar Tempat Masa
1 20-Oct Selasa Kota Baru, Kelantan Masjid Kota 18:00
2 20-Oct Selasa Jitra, Kedah Masjid Al-Muttaqin, Bandar Baru Darul Aman 18:30
3 21-Oct Rabu Kemaman, Terengganu Masjid Geliga Besar, Cukai 18:00
4 21-Oct Rabu Kangar, Perlis Surau Taman Jali 18:30
5 21-Oct Rabu Dengkil, Selangor Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hulu 18:30
6 22-Oct Khamis Maran, Pahang Masjid Syakirin, Maran 18:00
7 22-Oct Khamis Permatang Pauh, Penang Madrasah An-Nahdhah, Kubang Semang 18:30
8 23-Oct Jumaat USJ Subang Jaya Masjid Al-Falah, USJ 9 18:00
9 24-Oct Sabtu Kuala Lumpur Masjid Baitul Aman, Jalan Damai 17:30
10 25-Oct Ahad Kuala Lumpur Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah 18:00
11 26-Oct Isnin Muar, Johor Ribath Parit Perupok 18:30
12 27-Oct Selasa Sungai Udang, Melaka Baitul Qurra', Sg Udang 18:30
13 28-Oct Rabu Rembau, Negeri Sembilan Yayasan SOFA, Kota 18:30
14 29-Oct Khamis Labuan Masjid Layang Layangan 17:30
15 30-Oct Jumaat Miri, Sarawak Masjid An-Nur, Pujut Padang Kerbau 17:30
16 31-Oct Sabtu Kuching, Sarawak Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya 17:30

Version 1.3 08Okt09

Majlis Haul Imam AlHaddad bertujuan khusus mengenang peninggalan Imam Al-Haddad selaku seorang Qutub dan Mujaddid Islam abad kedua belas hijri. Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad terkenal sebagai seorang ‘arifin yang memiliki ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan untuk sesiapa sahaja tanpa batasan merentasi zaman atau umur. Beliau kehilangan daya penglihatan sejak berusia umur empat tahun namun memiliki kelebihan yang luar biasa yang telah digantikan oleh Allah s.w.t. dengan nur basirah serta kebolehan menyerap ilmu dan menyebarluaskannya.

Siri majlis-majlis seperti ini sekali lagi akan diperluaskan ke luar ibukota atas permintaan pihak masyarakat tempatan yang tidak berpeluang menikmati majlis-majlis ini di sekitar ibu Negara. Para ulama’ jemputan dari dalam serta luar negara akan mensyarahkan berkenaan ilmu yang ditekankan oleh Imam Al-Haddad bertemakan adab dan akhlaq.

Tema ini dipilih atas terteranya kepetingannya untuk semua insan yang inginkan kemakmuran dunia dan akhirat. Banyak peringatan tentang adab dan akhlaq ini ditekankan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran Al-Karim. DididikNya sendiri Rasul kesayanganNya dengan akhlaq yang seagongnya yang mana sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Laa ilaaha illallah Muhammadan Rasulullah, wajib untuk mengenal akhlaq dan adab Rasul s.a.w. serta mencuba sedaya upaya mengikuti akhlaq dan adab yang sama. Akhlaq merupakan dasar utama dalam bermuamalat dengan diri sendiri, dengan Allah s.w.t., dengan keluarga, jiran, haiawan, rezeki, harta, waktu, ilmu, kerja dan lain-lain. Akhlaq yang suci dan benar ialah memaparkan pendirian yang tetap dan konsisten walaupun semasa bersendirian jauh dari pandangan insan yang lain. Selengkap kitab dalam perkara ini nukilan Imam Al-Haddad ialah ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’ terjemahan Allahyarham Syed Ahmad bin Semait yang mana diperincikan cara muamalat dengan diri sendiri, dengan keluarga, suami/isteri, jiran, pemimpin, orang bawahan dan sebagainya. Begitu juga dengan semua kitab2 nukilan Al-Imam Al-Haddad yang penuh diisikan dengan akhlaq dan adab. Didapati juga dalam kitab ‘Tazkirah Al-Mustafa Li Awlaadil Mustafa wa rairihim mimman ijtabahullahu wastafa’ karangan Allaryarham Al-Habib Abubakr Attas bin Abdullah Alhabshi yang mana dinisbahkan iringan ilmu dengan adab/akhlaq seperti garam dalam campuran tepung roti; bermakna betapa perlunya begitu banyak akhlaq dan adab terhadap walaupun secebis ilmu. Tidak hidup atau meningkat atau dimanfaatkan ilmu sedikit itu tanpa disebatikan dengan akhlaq dan adab yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w. yang begitu sempurna. Satu dari sahabat kami di Hadramaut sedang mengumpulkan lebih 500 hadith Rasul s.a.w. hanya berkenaan makan dan minum sahaja; kebanyakan berkenaan akhlaq dan adab nabi kesayangan kita. Dengan menonjolkan tema ini pada tahun ini, pihak kami berharapkan taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. peningkatan akhlaq dan adab yang akan memanfaatkan diri serta bakal dibanggakan oleh Rasul s.a.w untuk sekalian masyarakat Malaysia ini. Amin.

Kepada Allah s.w.t. pihak kami berharapkan pencapaian matlamat memperkenalkan Imam Al-Haddad kepada masyarakat Malaysia dengan lebih dekat supaya lebih ramai lagi di kalangan kita bakal mendapat ni’mat dari apa yang dihadiahkan oleh beliau; seperti yang banyak dan sering diperdengar dari mereka yang berpengalaman dengan ilmu yang ditaburkannya dan usaha amalan yang disyorkan oleh beliau.

Diharap dengan adanya majlis-majlis Haul ini dan terkenalnya ilmu dalam buku-buku beliau, masyarakat Malaysia juga mendapat serpihan barakah kurniaan Allah s.w.t. serta meneruskan perjalanan hidup kami di alam ini dan alam seterusnya; kekal didalam perlindungan, maghfirah dan rahmat-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin.


Allahu a’lam.



Pihak Pengelola
Hawi Al Khairat
Malaysia

Sumber : http://www.alhawi.net/

Tuesday, October 6, 2009

Majlis Ilmu




Majlis Ilmu Dari Buku al-Imam al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur


Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas sholat Maghrib


Tarikh: 28 Syawwal 1430/17 Oktober 2009 (Sabtu)

Masa: Selepas Maghrib – 9.30 malam

Kitab: An-Nashooih ad-Diniyyah wal Washooya al-Imaniyyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)


Tarikh: 29 Syawwal 1430/18 Oktober 2009 (Ahad)

Masa: Selepas Maghrib – 9.30 malam

Kitab: Ad-Da'wah at-Tammah wa Tazkirah al- 'Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)


sumber : http://majlisilmu.blogspot.com/