Sunday, January 18, 2009

Wednesday, January 7, 2009

Niat

setiap amalan itu terhenti sekadar apa yg d niatk'...

sebagai contoh...kita mnum air pd dasar y paling asas ialah utk m'hilangk' dahaga...tp ada ketikanya jg...air d minum sbg penawar kpd penyakit...seandainya pd ketika kita memnum air dgn niat utk m'hilangk' dahaga...maka hilangnya dahaga itulah y d perolehi...jika dgn meminum air kita berhajatk' pd penawarnya penyakit...maka dgn iznNya...InsyaAllah...air t'sebut mmpu m'jd penawar pd sakit y d hidapi...

Daripada Umar bin Al-khaththab r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."

ni ana pastek' hadis y berkaitan niat dr post y t'dahulu "segala amalan bermula dgn niat"...dan hrni ana nk ulas skt...betapa besarnya kesan niat ini pd stiap amalan...mahupun rutin harian kita...ilhamni ana dpt waktu dgr kuliah d surau annur bandar baru bangi tmpt ana tinggal...em...tp ana xingat la plk apa tjuk kuliah dan p'ceramah hrtu...SubhanaAllah...lemahnya...msih byk y perlu d perbaiki...

smbg kembali kpd hajat atau NIAT asal ana...niat sbnrnya blh d anggap satu amalan y AMAT MUDAH...krn ckup dgn lintasan hati tanpa mengerah sdikit tenaga pn...ia telah dikira sebagai ibadah...tp dr perbuatan y mudah ini la...ia mmpu m'beri impak y ckup besar dlm tiap perkara y kita cuba laksanak'...tp dek krn kemudahan y t'amat ini juga la...kita t'lalu "meringankan" kelebihannya...SubhanaAllah...betapa ruginya kita...

ana bg contoh lain...dlm amalan y m'jd kewajipan bg setiap muslim...tiang pd agama...iaini solat...seandainya solat y dilaksanak' adalah sekadar melaksanak' kewajipan...maka kewajipan shjla y t'laksana...tp ia tidak m'beri bekas atau kesan pd jiwa dan diri...seperti y telah Allah jnjik', dgn b'solat itu m'jauhk' manusia dr p'buatan keji dan mungkar...maka jika solat y didirik' tidak pd rs kehambaan yg tinggi...dgn solat y didirik' itu, ia tidak mampu utk membentengi diri dr melakuk' perbuatan2 y d larang d dlm syariat...wallahua'lam...

jika ada apa y ana cuba olah dan sampaik' ini agak kurang sesuai...mohon maaf d pinta...ana selemah2 insan y cume punye hasrat y tinggi utk berkongsi dgn serendah2 ilmu y ada...mge ada y sudi menegur jika ada kesilapan...syukron...wassalam...



p/s: org y b'amal dgn ilmu amat jauh nilainya berbanding b'amal dgn ilmu y sekadarnya....pesanan buat diri ana...tambahk' lg kefahaman pd ilmu Allah...sesungguhnya ia tidak merugik'...igt lg pesanan dr seorg sahabat ana (insan kamil),"org y t'baik ialah org y menuntut ilmu"...dan pesannya jua..."jika buat kesilapan...segerala perbaiki"...mge ade ruang lg utk b'kgsi ilmu hrp2nya...

11 Muharram 1430H
7.23pm
selamat berbuka puase...

Tuesday, January 6, 2009

Little Khalifah

setelah sekian lame ana x mencoretk' sesuatu...hrni...keterluangan ms y sdikit ini ana cube hargai sbaik mgkin...kebetulan lps solat zohor td...tb2 d timbulk' ilham dan keyakinan utk mencurahk' sdikit idea...

hm..apa y ana cube nk critek' d sni ialah disekitar peribahasa lama "melentur buluh biarla dr rebungnya"


Ain Sofiah bt Mohd Rizal

hmmm..ni salah seorg anak saudara ana...anak pd abg ana


ni gambar 5 bulan kemudian...

wktu ni ade la suare2 yg menyapa mesre menunjukk' keperihatinan dan rs kasih pd sang kecil..."em...ksiannye baby...xpanaske???kcik2 da pkaik' tdung"...sykur Alhamdulillah...umi nye ckup kreatif utk m'beri jawapan yang ckup ringan bg menenangk' hati2 y runsing..."em...ms kcik ni la dpt tgk puas2 dia pkai tdung...nnt da besar skt, da pandai tarik ssh"...sykur Ya Allah...satu jawapan y nmpaknye mudah tp ckup utk menangkis soalan y klau ana hadapi sndri pn pning jgkla nk susun ayt...tersepit antara apa yg cuba d terapk' dgn kefahaman org2 persekitaran. ada msnye kita mmg amat2 perlu utk m'berik' penerangan yg pjg lebar utk kefahaman orglain...tp ada msnye jg, ckupla sekadarnya...krn kdg kala diam itu lbh baik...

hm...apa y kakak ipar ana cube untuk lakuk' sebenarnya menerapk' nilai2 islam pd khalifah2 keciknya dr sekecil2 usia lg...ianya bukanla sekadar utk melihat khalifah kecilnya kelihatan mnis bertudung...tp lbh kpd memastik' khalifah2 kcilnya akan t'biase menutup auratnya sjak dr dia blum tahu ape2 pn...sehinggala saatnya ia d wajibk' untuk menutup aurat...bukankah pemahaman dan penerapan dr awal itu lbh mudah dan indah...

islam itu mudah..tp kitala y menyukarkan...
islam itu indah...ttp kita juala y mengotork'....
dan islam itu ckup sempurna...ttp kita juala yg tidak menyempurnakan...

Muharram

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Antaranya :

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer".Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

syukron buat seorg sahabat (saif addin - pedang agama)...kerana pertanyaan dia la ana berusaha utk menambahk' lg kefahaman...mge sahabat ana ini benar2 menjadi pedang pd agama suatu hr nnt. Amin Ya Allah.

Salam Maal Hijrah 1430



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Di tahun baru y menjelma ini
Kembangkanla lembayung RahmatMu buat kami Ya Allah
Bahagiakan diri dan keluarga kami
Sihatkan tubuh badan kami
Berkati rezki kami
Teguhkan keimanan kami
dan Tetapkan hati-hati kami pada jalanMu
Berikanlah kemanisan dalam beribadah
dan kenikmatan dalam beramal buat kami Ya Allah
Jauhkan diri kami dari fitnah dunia
Suburkan benih KEISLAMAN dalam diri kami
serta zuriat keturunan kami Ya Allah
Hijrahkanla diri kami lebih baik dari sebelumnya.
Amin Ya Allah.