Showing posts with label ingatan diri. Show all posts
Showing posts with label ingatan diri. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

ketentuan...

hidup ini ketentuan Yang Maha Pencipta...

t'lalu cpt rsnye ms b'lalu...b'tapa diri terus dimamah usia...

Friday, September 11, 2009

Marwa al Sharbani


MasyaAllah...Lahaulawalla quwwatailla billah...mge ditempatkan disebaik2 tempat...andai kita tidak mmpu b'juang utk menegakk' agama Allah...b'juangla kita dgn sebnr2 p'juangan dlm menentang hawa nfsu...buat sahabat2 muslimat sekalian...dihari2 yg kian hmpir dgn lebaran ini...sme2la utk b'usaha mengawal nfsu agar tidak t'lalu b'lebihan dlm b'hias ketika lebaran...tetapi...same2lakita b'usaha dlm b'lebih2an b'amal...t'utamanya pd 10 hr t'akhir ini...Barokallah...

sebaik2 perhiasan adalah TAQWA

Thursday, September 10, 2009

WANITA SYURGA : ANDA BUAT ANDA DAPAT.

Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.


Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu.


Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijakanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21)


Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah an-Nisaa'.


Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya ataupun isteri kepada lelaki tersebut.


Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia, kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.


Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah ra.

Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.
Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia. Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah itu?


Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.


Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)


Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki!


"Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia."


Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja!


Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka!


Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.amin


Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, perilaku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?


Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Hindun, isteri kepada Abu Lahab.


Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.!


Wallahua'lam.

Tuesday, September 1, 2009

akhirnya...

Alhamdulillah...satu persatu masalah ana da selesai...

Alhamdulillah ana da slmt blk kg...Alhamdulillah...berkesempatan jugak berqiamullail ditambah pulak kuliah subuh y sgt2 m'beri kesan...dan hrni ini...kasih y hambar kembali bertaut....MasyaAllah...

Rasulullah SAW. pernah bersabda: ; "Sesungguhnya besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya cobaan; Dan sesungguhnya Allah Ta'ala apabila mencintai suatu kaum, diujiNya mereka itu dengan cobaan. Untuk itu, barangsiapa yang redha maka baginya keridhaan dari Allah, sedang barang siap yang marah maka baginya kemarahan dari Allah". (HR.Tirmizi) - m/s 162 Al-Quran kesayangan ana..

y ni ana tujukan buat sahabat ana...

Dr Anas R.A dr Nabi SAW., sabdanya; "Ada 3 perkara, barang siapa melaksanakan ketiga-tiganya, niscaya ia akan mendapatkan kesedapan iman. (1) Orang yang cinta kepada Allah dan RasulNya melebihi daripada cintanya kepada yang lain daripada keduanya. (2) Orang yang mencintai oranglain, kerana Allah semata-mata. (3) Orang yang benci untuk kmbali kepada kafir setelah Allah melepaskannya daripada (belenggu) kekafiran itu, sama bencinya akan dijatuhkan kedalam neraka" (HR. Bukhari) - m/s 126 Al-Quran kesayangan ana.

y no 2 tu khas wt sahabat ana...
LILLAHITAALA...

sebahagia2 insan ialah org y b'jln d ats jln tkdirnya...(pesan dr sahabat ana)

tp ada satu lagi xselesai...xjmp lg ayt y ana cr tu...

Sunday, August 16, 2009

ibu segala ibu...

ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN

ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA

ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BERBUAT DOSA

ibu dari segala CITA-CITA adalah SABAR....

Wednesday, August 12, 2009

melacur tanpa sedar

"Diakhir zaman itu, tidak sedikit perempuan yang cantik mempersona, namun sebenarnya adalah seorang pelacur".

Nauzubillahhiminzalik...

-ketika cinta bertasbih I-



duhai diri... perbaikila balutan tubuhmu...

duhai sahabat2 muslimahku... perbaikila persalinan mu... andai tudung telah kau labuhkan dr paras dadamu, baju telah kau longgarkan dr kelihatan susuk tubuhmu... janganla kau tambahkan pula dgn perhiasan yang mmpu menarik perhatian lawan jenismu... bukankah ia sesuatu perbuatan yang sia-sia...

aurat

“Jagalah auratmu, kecuali dari (penglihatan) suamimu”

Kemudian Baginda ditanya pula, “Bagaimana apabila seorang perempuan bersama dengan sesama kaum perempuan ?”

Maka Baginda menjawab, “Apabila engkau mampu untuk tidak menampakkan aurat kepada sesiapapun maka janganlah kau nampakkan kepada sesiapapun.”

Lalu Baginda ditanya lagi, “Bagaimana pula apabila salah seorang dari kami (kaum perempuan) sedang bersendirian ?”

Maka Baginda menjawab, “Engkau lebih harus merasa malu kepada Allah daripada kepada sesama manusia.”

( Hadis Riwayat Abu Daud dan selainnya dengan sanad hasan )



"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi "auratmu dan pakain indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasan ALLAH SWT, mudah-mudahan mereka selalu ingat."

( Surah al-A'raf ayat 26 ).


sumber : http://ummuhusna99.blogspot.com/2009/08/mari-bantu-diri-dan-suami.html

Tuesday, August 4, 2009

Burger Yahudi???

Astaghfirullah...t'kejut ana...

ni kisah dia...ana berada di meja rakan semuslim ana y kebetulan masa tu dia sdg m'hubungi seseorg melalui tel...melalui p'bualan y didengar, rakan ana ni mengajak rakannya mkn tengari bersama...dan tempat y nk dituju...atau dgn kate y lebih mudah...mknan y nk dimkn ialah... "BURGER YAHUDI"- (ni perkataan y ana ambil trus dr apa y rakan ana sebut)...automatik minda ana dpt menangkap ia adalah McD..kemudian sahabat pd sahabat ana kurang jelas dgn mksud sbnr "BURGER YAHUDI" y dimaksudk'...rakan ana pn jelask' McD sambil gelak2 tanpa sebarang perasaan...lebih kurang begini perbualan mereka... "kak! aku, sipulan, dgn sipulan nk g mkn "BURGER YAHUDI", ko nk ikut x?...g mne? (ni y ana agakk' rakan pd rakan ana ni tnye) g McD r kak...ehhehehhehe....(gelak2)

Astagfirullah...t'sentap hati ana m'dgr...ana igt ckup la dgn stiker2 Mcd y dgn megahnya saudara2 semuslim kita tampal dikereta2 tanpa sebarang rasa...ana plk y rs nk jer pecahk' cermin kereta y ade tampal2 stikerni...ckupla mereka tidak mahu b'usaha m'boikot produk2 yahudi... tp jgn la m'agungk' plk produk2 mereka...Ya Allah...ana xtaula apa y ada dlm kotak fikiran mereka dan apa kelebihannya mereka menampal stiker b'kenaan...kembali pd kisah td...ana igt ckupla skadar kisah stiker y m'geramk' hati ana...hari ini ada perkara lain plk y diluar fikiran ana...mne perginya sensitiviti kita sbg umat islam...dimana hilangnya keperihatinan kita sesame manusia...dimanakah letaknya akidah kita dlm b'agama??? kita seakan b'usaha utk m'cabar hukum Allah...ape p'umpamaan sesuai y ana boleh letak...hm...kite tau sesuatu p'buatan tu salah jika dilakukan...tp tanpa segan silu...kita bukan shj melakuk' kesalahan tersebut, malah sekaligus mewar2kan pula pd org...cthnye rakan ana td...rakan ana ni tau da...kita kt m'sia ni b'usaha utk m'boikot produk2 yahudi kerana kekejaman y dilakukan pd saudara seislam kita di palestin. tp tnpa sdikit pn rasa b'salah atau timbul rs perihatinan utk b'usaha same...malah m'permaink' atau m'pesenda2k' usaha y cuba dilakukan. apa jd pd dnia kini???sesuatu y nyata salah itula y diagung2kan...tp sebaliknya p'kara y baik (kebenaran) itu malah terpakse disembunyikan, y mne jika diwar2k'...ia akan m'jd satu kesalahan y ckup besar...zaman kian hmpir pd p'hujungnya...

*Ya Allah...peliharala lidah ni dr menuturk' kata2 y keji dan mungkar...hatta perkara y sia2 skalipn...dan kau peliharak' hati ini dr sebarang kekotoran...dan kau pelihara juga hati ini dr fitnah dajal (pd akhir zaman nnt...bila turunnya dajal...ia akan menunjukk' y neraka itula syurga bg org kufur...dan syurga itula neraka bg org mukmin. antara tanda2 y m'hampiri perkara t'sebut ialah apa y b'laku hr ini...dunia kini...segala p'kara y mengarah pd neraka itu m'jd syurga dunia buat org2 y kufur...sbg cntoh...hiburan y meleluasa...p'gaulan lelaki ppuan tnpa batasan y mne ia m'jd kebiasaan dnia kini...bukankah telah diketahui sgle p'buatan itu bakal mengarah kita keneraka JAHANAM...tp ia m'bawa jiwa kita kesyurga dunia...sebaliknya...para alim ulama y m'perjuangkan syiar islam utk m'bawa manusia ke syurga abadi itula y t'seksa dgn neraka dunia. Ya Allah, ttpk'la kami atas usaha2 kami utk m'cari keredhaan mu...amin....)

Ya Allah..bntula hambamu ini dlm usaha menyucik' hati..

*Alhamdulillah..akhirnya ana msih diberi kemmpuan utk menulis...

tetap hati

Ya muqollibal qullub 'thatbit qolbi 'aladinik wa'alatho'atik Subhanakainni ku'tuminazdzolimin

"Wahai tuhan y membolak-balikkan hati, tetapkanla hatiku atas agamamu dan ketaatan kepadamu. Maha Suci Engkau Wahai Tuhankku, sesungguhnya aku adalah orang yang menzalimi diriku sendiri."

*duhai hati...tetapla kamu atas jln2 y kau tujui..

Ya Allah, kau tetapk'la hati ini atas jln2 y kau redhoi... teguhk'la ia atas dugaan2 y dilalui...dan tegapk'la ia atas nama abdi dlm mencari cinta sejati...

Ya Allah,kurniakan hati ini keikhlasan dlm b'amal...

Sunday, March 29, 2009

Enam pesanan khusus untuk wanita

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal(kan) solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Wednesday, January 7, 2009

Niat

setiap amalan itu terhenti sekadar apa yg d niatk'...

sebagai contoh...kita mnum air pd dasar y paling asas ialah utk m'hilangk' dahaga...tp ada ketikanya jg...air d minum sbg penawar kpd penyakit...seandainya pd ketika kita memnum air dgn niat utk m'hilangk' dahaga...maka hilangnya dahaga itulah y d perolehi...jika dgn meminum air kita berhajatk' pd penawarnya penyakit...maka dgn iznNya...InsyaAllah...air t'sebut mmpu m'jd penawar pd sakit y d hidapi...

Daripada Umar bin Al-khaththab r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikahwininya, maka hijrahnyapun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu."

ni ana pastek' hadis y berkaitan niat dr post y t'dahulu "segala amalan bermula dgn niat"...dan hrni ana nk ulas skt...betapa besarnya kesan niat ini pd stiap amalan...mahupun rutin harian kita...ilhamni ana dpt waktu dgr kuliah d surau annur bandar baru bangi tmpt ana tinggal...em...tp ana xingat la plk apa tjuk kuliah dan p'ceramah hrtu...SubhanaAllah...lemahnya...msih byk y perlu d perbaiki...

smbg kembali kpd hajat atau NIAT asal ana...niat sbnrnya blh d anggap satu amalan y AMAT MUDAH...krn ckup dgn lintasan hati tanpa mengerah sdikit tenaga pn...ia telah dikira sebagai ibadah...tp dr perbuatan y mudah ini la...ia mmpu m'beri impak y ckup besar dlm tiap perkara y kita cuba laksanak'...tp dek krn kemudahan y t'amat ini juga la...kita t'lalu "meringankan" kelebihannya...SubhanaAllah...betapa ruginya kita...

ana bg contoh lain...dlm amalan y m'jd kewajipan bg setiap muslim...tiang pd agama...iaini solat...seandainya solat y dilaksanak' adalah sekadar melaksanak' kewajipan...maka kewajipan shjla y t'laksana...tp ia tidak m'beri bekas atau kesan pd jiwa dan diri...seperti y telah Allah jnjik', dgn b'solat itu m'jauhk' manusia dr p'buatan keji dan mungkar...maka jika solat y didirik' tidak pd rs kehambaan yg tinggi...dgn solat y didirik' itu, ia tidak mampu utk membentengi diri dr melakuk' perbuatan2 y d larang d dlm syariat...wallahua'lam...

jika ada apa y ana cuba olah dan sampaik' ini agak kurang sesuai...mohon maaf d pinta...ana selemah2 insan y cume punye hasrat y tinggi utk berkongsi dgn serendah2 ilmu y ada...mge ada y sudi menegur jika ada kesilapan...syukron...wassalam...



p/s: org y b'amal dgn ilmu amat jauh nilainya berbanding b'amal dgn ilmu y sekadarnya....pesanan buat diri ana...tambahk' lg kefahaman pd ilmu Allah...sesungguhnya ia tidak merugik'...igt lg pesanan dr seorg sahabat ana (insan kamil),"org y t'baik ialah org y menuntut ilmu"...dan pesannya jua..."jika buat kesilapan...segerala perbaiki"...mge ade ruang lg utk b'kgsi ilmu hrp2nya...

11 Muharram 1430H
7.23pm
selamat berbuka puase...

Monday, December 1, 2008

Saturday, November 29, 2008

the truth way

the truth way is back to Quran

Friday, November 28, 2008

iman...

halawatul iman...

mencari KEMANISAN IMAN

islam...

islam, iman, ihsan...

islamnya seseorg itu perlu dgn keimanan...dan keimanan itu perlu dgn amal y ada pdnya rs ihsan

Wednesday, November 19, 2008

rendah hati

setinggi-tinggi manusia ialah yang rendah hatinya

Tuesday, November 18, 2008

matlamat hidup

seseorang yang mempunyai matlamat hidup tidak akan mensia-siakan masa hidupnya kerana selagi kejayaan belum dicapai, dia akan terus berusaha. Tiada matlamat yang bermakna tanpa usaha - insan kamil (ayat-ayat cinta)

sandarkanla setiap matlamat dan tujuan dalam apa jua perkara kepada Allah...agar setiap apa yang ingin dicapai tidak lari dari Syariat...dan mudah2an kejayaan yang dimiliki lebih bermakna kerana didalamnya terdapat barokah dr Yang Maha Pemberi Nikmat...wallahua'lam...

Monday, November 17, 2008

hamba

"tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu" surah Adz Dzariyat : 56

Thursday, November 13, 2008

islam pilihanku...bkn warisan...

rodhitubillahhirobba, wabil islamidina, wabimuhammadinnabiyauwarosula

aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku